DOA UNTUK ELAK KECACATAN PADA BAYI DALAM KANDUNGAN

Sebagai ibu yang hamil sudah pasti risau tentang keadaan bayi di dalam kandungan samada sempurna atau cacat kah. Selalunya orang tua-tua bila bayi lahir je mesti nengok jari bayi samada cukup atau tidak. Terdapat juga kononnya jika ibu mengandung apabila melihat cerita seram atau makhluk asing akan menyebabkan janin didalam kandungan terkenan. 

Sebenarnya meh sini saya nak cerita tentang pantang larang semasa mengandung dulu-dulu. Kalau orang tua dulu-dulu tak bagi nengok cerita seram dan makluk asing sebab ia akan menganggu emosi ibu nanti. Maklumlah orang mengandung ni, emosinya cepat tersentuh dan mudah teringat-ingat. Bila sudah teringat-ingat ia akan menyebabkan tekanan dan ia tidak baik untuk kandungan.

Pantang larang semasa mengandung yang lain pula ialah tidak boleh bunuh binatang. Ye yang ini saya memang setuju sangat sebab tujuannya supaya ibu dan bayi sentiasa kasih dan sayang sesama manusia dan binatang. Ada juga kawan di pejabat saya mengandung pada musim katak yang banyak, pergi mana je mesti ada katak. Dia tidak bunuh katak cuma menghalau katak di dalam bilik air. Apabila lahir bayinya tak de lah rupa macam katak cuma dari segi tabiat tu seperti tidur macam katak iaitu menangkup sehingga dewasa. Jadi masa mengandung ini baik kita jaga hubungan bersama Allah, manusia dan binatang. Kalau suami pula bekerja sebagai nelayan nak buat macam mana pulakan. Hanya Allah sahaja tempat kita bergantung.

Banyakkan berdoa dan berzikir semasa mengandung. Amalkan surah-surah seperti Surah Yasiin, Surah Yusuff, Surah Maryam dan Al-Mathurat untuk menghalang gangguan jin.  

Disini saya nak kongsikan tentang doa untuk mengelakkan kecaatan pada kandungan atau bayi. Semoga bermanafaat untuk ibu-bapa sekalian.


1 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in