ROTAVIRUS

Terkenang pada peristiwa lama Jasmine masuk hospital sebab Rotavirus. Masa tu saya sedang mengandungkan Zafri 7 bulan. 

Tanda-tanda awal Rotavirus yang Jasmine dapat ialah:
♡ Kurang selera makan
♡ Demam suhu tinggi sehingga 40°
♡ Muntah-muntah 
♡ Cirit birit


Saya dapat panggilan daripada taska mengatakan Jasmine muntah-muntah maka saya terus bergegas mengambilnya dan terus bawa ke Hospital Putra Medical Centre, Sungai Buloh. Doktor memeriksa dan hanya memberikan ubat tahan muntah. Lagipun lihat keadaan Jasmine masa tu masih aktif lagi. Jika keadaan masih berlarutan, doktor suruh bawa kembali ke Hospital. Malam tu memang tak tidur malam sebab Jasmine muntah dan cirit birit. Minum susu muntah, minum air muntah, masuk makanan juga muntah. Hati ibu mana yang tak sedih bila nengok anak muntah sampai lembik.

Keesokkan harinya, jam 9.30 saya terus bawa kembali ke Hospital Putra Medical Centre untuk membawa terus ke pakar paedritician Datin Doktor Marina. Doktor Marina ini memang doktor khas anak-anak saya sejak dari kecil lagi. Bila dia nampak keadaan Jasmine terus di booking bilik untuk warded. Masa suami tak ada sebab di ada hal. Maka dengan gagah perkasanya saya mendukung Jasmine ke hulu kehilir untuk proses kemasukkan warded. Dengan perut sarat macam belon, ada juga insan yang baik hati nak tolong dukung Jasmine tapi saya bagi sebab Jasmine tak nak kat orang.

Doktor ambil sampel najis Jasmine pastu buat ujian di makmal dan sah rotavirus. Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Kebetulan pula tu memang saya perlu buat pregnancy checkup untuk minggu yang ke 32. Saya ceritakan terus tentang perihal Jasmine. Nasib baik doktornya satu Hospital, Doktor Wan Ratna. 

Doktor Wan Ratna beritahu:
♡ Rotavirus berjangkit jika kuman Rotavirus tidak mati sepenuhnya. Contohnya: Jika najis bayi di jangkiti tidak dibersihkan dengan betul ia boleh menjangkiti penjaganya jika tidak di basuh dengan betul.
♡ Basuh tangan dengan sabun antiseptik. Jangan basuh dengan sabun biasa nanti kuman tidak mati.

Takut memang takut sebab tengah mengandungkan tapi saya mengambil langkah-langkah yang doktor sarankan. Alhamdulillah tak ada apa-apa. Ayahnye pula berjangkit. Sampai kurus kering dibuatnya. Makan minum semua muntah balik.

Alhamdulillah lepas 2 minggu semuanya kembali pulih. Biasanya Rotavirus akan sembuh dalam 2 minggu. Ia tidak boleh pulih on the spot sebab kuman di keluarkan melalui najis.

Tetapi jika anak-anak anda dijangkiti apa-apa virus saya cadangkan ambil Nutriferon untuk meningkatkan antibodi melawan virus. Ada juga ibu hamil yang di jangkiti H151 mengambil Nutriferon dan ia menunjukkan kesan yang bagus. Masa ni saya tak jumpa lagi Nutriferon, kalau dah jumpa mesti saya terus beli..

Kalau anda nak beli dan konsultasi penggunaannya , anda boleh terus hubungi saya.

 
 
Mahu harga jimat dengan jadi ahli?
Anda mahu daftar ahli Shaklee dan ingin mengetahui bagaimana daftar ahli Shaklee? Klik disini.. 

Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi boleh terus hubungi saya:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in