RESEPI MAC AND CHEESE

Jeng... jeng.. jeng... hari ini tetiba rasa nak kongsi resepi Mac and Cheese yang sangat sedap. Resepi ini saya jumpa di sebuah blog tapi saya lupa. Hehehe... resepi ini saya ada ubah sikit-sikit ikut citarasa. Suami dan anak-anak menmang sukakan resepi ini.. Korang boleh la cuba ya!
Resepi selalunya boleh siap dalam masa setengah jam sahaja (guna kuasa turbo.. hehe).


MAC AND CHEESE MELELEH

Bahan-bahannya:
Bahan A:
Macaroni jenis besar setengah paket
Minyak
Garam
Air

Bahan B:
2 biji Bawang putih (hiriskan)
1biji bawang merah (hiriskan)
Daging kisar (anggaran 2 orang makan)
Sos prego setengah tin
3 sudu Cili kisar ( kalau tak nak pedas tak perlu letak)
Garam
Mix herb dan daun oregano
Minyak masak/minyak zaitun

Bahan C:
1 sudu mentega
1 sudu tepung gandum
250 ml susu segar
2 keping cheese cheddar
1 sudu parmesan cheese

Bahan D:
Cheese Mozarella.

Cara-caranya:
Masukkan bahan A kesemuanya dan rebus sehingga masak. Apabila sudah masak asingkan.
Sementara menunggu macaroni masak panaskan minyak zaitun di dalam kuali terlebuh dahulu.. 

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuning-kuningan.
Masukkan cili dan kacau sehingga garing.
Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak sepenuhnya.
Masukkan 3/4 sos prego kedalam kuali dan kacau.
Masukkan mix herb dan oregano.
Masukkan garam secubit rasa.
Tutup api dan kacau sebati bersama macaroni yang direbus tadi.
Asingkan.

Panaskan periuk berasingan untuk membuat sos cheese.
Masukkan mentega, setelah cair masukkan tepung gandum.
Kacau dan jangan biarkan bergentel.
Apabila sebati, masukkan susu segar.
Biarkan sehingga mendidih. Apabila mendidih sedikit, masukkan cheese cheddar dan cheese parmesan.
Apabila sos likat tutup api.

Masukkan macaroni secara selang seli dengan sos putih dengan cepat bagi mengelakkan sos putih beku. Akhir sekali tabur cheese Mozarella diatasnya.

Bakar 200° selam 10 minit.

Dah siap!! Selamat mencuba...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in