Ada sesetengah ibu tidak dapat mengelak daripada menyusukan ketika memandu. Keadaan ini berlaku kerana tiada orang lain seperti suami atau orang terdekat membantu. Keadaan ini sangat membahayakan kerana ia merbahaya pada ibu dan anak serta orang sekelilingnya.
Namun bergitu terdapat segelintir ibu 'terpaksa' melakukannya kerana tiada orang lain. Dahulu ketika anak-anak saya masih bayi, saya juga mengalami benda yang sama. Selagi tidak disusukan, selagi tu lah dia melalak.
Apa yang saya buat dalam situasi ini saya akan berhenti kereta di tempat yang selamat dan menyusukannya. Selain itu, saya akan memasang CD al-quran atau zikir untuk mententeramkan bayi. Selalunya bayi yang menangis ini samada dia lapar, mengantuk atau buang air besar. Jika kesemuanya ok insyallah bayi jarang meragam. Tidak ketinggalan juga, berikan soft toy pelbagai tektur untuk melekakannya.
Peringatan untuk ibu-ibu yang memandu ketika menyusu, kelajuan melebihi 40 km/sejam akan menyebabkan bayi anda terpelanting keluar. Fikirkan ketika break kecemasan, bagaimanakah keadaaan bayi ketika tersepit di stereng kereta. Walau apapun alasan fikirkan anak dan keluarga yang tersayang.. Renung-renungkan, selamat beramal...
0 comments:
Post a Comment