WESTPORTS MALAYSIA

Selama 3 hari ini saya telah dihantar oleh Jabatan untuk menghadiri latihan sangkut di Westports Malaysia. Apakah latihan sangkut? Latihan sangkut ialah latihan mempelajari selok belok tentang operasi pengendalian Westports daripada kapal tiba di Pelabuhan Klang, pengeluaran kontena hingga keluar kembali belayar.

Apa yang saya pelajari setakat ini, apabila kapal ingin berlabuh di Westports mereka perlu mendapat kebenaran untuk berlabuh. Apabila telah mendapat kebenaran berlabuh Pilot akan datang ke kapal untuk tarik kapal ke dock. Apabila telah sampai ke dock, kren akan memunggah kontena yang ditetapkan untuk diletakkan di yard. Yard ialah kawasan letak kontena. Kalau kita lihat memang banyak sangat kontena bertingkat-tingkat, tetapi mereka mempunyai sistem yang sistematik untuk susunan itu. Kalau nak ikutkan memang teruja sangat dapat ikut latihan sangkut ni.

Mereka mempunyai fasiliti dan pekerja yang komited dalam pekerjaan. Mereka juga membuat latihan intensif para technician baru selama 2 bulan. Pelabuhan merupakan pintu masuk negara. Jadi macam-macam orang boleh jumpa disini dan kebanyakkan pekerja di sini semuanya lelaki. Pernah juga orang perempuan kerja disini tetapi tahan 2 bulan sahaja.. hehehe..perempuan ni kan fitrahnya lemah lembut je..

Wah! Dah macam tulis laporan jer. Jom layan beberapa keping gambar yang saya sempat snap!



Sistem Pengendalian Yard


Quay Cren


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in