KAEDAH MENYUSUKAN BADAN UNTUK MENJARAKKAN KEHAMILAN

Ada pendapat menyatakan menyusu badan dapat menjarakkan kehamilan. Ia merupakan kaedah perancangan keluarga yang paling jimat dan efisyen. Ya ia adalah kaedah perancangan keluarga yang paling selamat dan saya mengamalkannya. Alhamdulillah dapat menjarakkan kehamilan sehingga anak kini berusia 2 tahun setengah.

Ibu menyusu badan menjarakkan  kehamilan

Cara yang betul untuk merancang kehamilan melalui teknik menyusu badan


Semasa penyusuan bayi, hormon prolaktin adalah hormin penyusuan dan di keluarkan oleh badan untuk memperbanyakkan air susu ibu. Hormon proklatin adalah salah satu hormon untuk menghalang kehamilan dan penyebab lambat datang haid selepas bersalin.

Teknik menjarakkan kehamilan dengan menyusu badan akan berkesan jika wanita melahirkan bayi kurang daripada enam bulan, tidak pernah datang haid selepas bersalin dan bayi diberikan susu badan secara ekslusif selepas berpantang. Tahap keberkesanan kejayaan kaedah perancangan keluarga ini bergantung kepada hormon seseorang. Lagi kerap ibu menyusukan anak lagi kurang risiko untuk hamil kerana hormon prolaktin sangat tinggi. Penyusuan ibu yang dicadangkan ialah:

  • Mendakap bayi dengan erat
  • Menyusukan bayi dengan kerap
  • Memberikan susu badan sepenuhnya tanpa makanan lain
  • Menyusu sambil berbaring
  • Tidak memberikan puting tiruan
Walaubagaimanapun terdapat juga ibu menyusukan hamil walaupun menyusukan anak. Ia bergantung pada hormon anda. Jika sudah di takdirkan rezeki anak rapat terimalah dengan hati yang buka. Tuhan mengetahui yang terbaik untuk kita. Semasa saya mengandungkan anak kedua, anak pertama baru sahaja 7 bulan setengah lahir secara pembedahan. Saya mengamalkan Exclusive Pumping (EP Mom). Bayi tidak mahu menyusu badan secara terus. Memang nampak ada hikmahnya kerana anak pertama terselah kepimpinannya dan sayang sangat dengan adiknya. 

USAHA. DOA. TAWAKKAL

1 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in