PERJUMPAAN BEDUKOP 2014

Cuti Hari Kemerdekaan yang lepas, keluarga saya ada buat perjumpaan susur galur Keluarga Bedu. Arwah Hj. Bedu ini dulu moyang saya. Perjumpaan ini dilakukan bagj bertujuan merapatkan ukhwah sesama keluarga. Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri telah berlalu, tetapi pihak AJK BEDUKOP mengambil inisiatif untuk berkumpul beramai-ramai untuk bersama-sama merapatkan ukhwah yang semakin renggang. Yelah kita selalunya jumpa masa raya sahaja, masa lain semuanya sibuk dengan urusan lain.

Kenapa dinamakan  BEDUKOP? BEDUKOP ialah sebuah koperasi yang ditubuhkan yang ahli-ahlinya terdiri daripada keluarga Bedu. Ia bertujuan untuk membantu ekonomi anak cucu cicit keluarga Bedu. Antara projek yang dirancang oleh  BEDUKOP ialah Homestay, Pertanian dan Hartanah. Insyallah projek ini masih baru bermula dan mungkin akan nampak hasilnya pada 50 tahun akan datang. Projek yang melibatkan pelaburan selalunya memang mengambil masa sedikit. Semoga usaha baik untuk meningkat ekonomi keluarga dan umat Islam di permudahkan. Amin.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in