TIPS MENGHADAPI ANAK CEREWET MAKAN

Anak-anak yang masih kecil selalunya memilih makanan. Menurut kajian hampir 40% kanak-kanak yang berur di bawah 6 tahun cerewet makan. Ini kerana mereka akan makan makanan yang mereka suka sahaja dan tidak makan makanan yang mereka tidak suka. Perkara ini menyebabkan makanan yang diambil tidak seimbang seperti cadangan piramid makanan. Terdapat juga anak-anak yang hanya mahu minum susu sahaja dan tidak mahu makan. 


Berikut adalah beberapa penyelesaian yang anda boleh ikuti untuk menyelesaikan masalah anak cerewet makan:



SABAR



Kanak-kanak selalunya perlukan pendedahan kepada sesuatu makanan sebelum mencuba makanan itu. Ibu bapa boleh mencuba menyediakan hidangan pelbagai di atas satu meja seperti roti, buahan, sayuran, nasi dan susu. Keadaan itu bertujuan untuk membiasakan anak dengan menu hidangan keluarga. Dalam konteks ini, ibu bapa harus memainkan peranan penting dengan memasak makanan sendiri di rumah. Secara ringkasnya anak-anak akan lebih teruja jika makan makanan ibu yang masak.



LIBATKAN ANAK ANDA



Libatkan anak dalam penyediaan makanan seperti memintanya memilih sendiri sayuran yang ingin dimakan ketika membeli sayuran. Contohnya tunjukkan samada anak ingin kacang panjang atau brokoli? Kongsikan kerja-kerja dapur seperti mencampurkan bahan-bahan di dalam salad atau semasa raya libatkan pembuatan mereka semasa pembuatan kuih raya. Mesti mereka suka makan makanan yang mereka sediakan sendiri.



KURANGKAN SAIZ HIDANGAN



Saiz perut kanak-kanak tidak besar dalam anggaran sebesar penumbuk sahaja. Kurangkan kuantiti makanan di dalam pinggan/ mangkuk supaya mereka tidak merasakan perlu menghabiskan makanan yang banyak.



KREATIF



Cara hidangan yang berbeza seperti mencucukkan buahan atau sayuran dengan pencungkil gigi supaya anak terasa teruja.



Campurkan makanan yang mereka tidak suka di dalam makanan yang mereka suka seperti gantikan tepung biasa kepada tepung bijirin ketika membuat roti dan membuat karipap kentang selitkan daging/ayam.



JADI ROLE MODEL PADA ANAK-ANAK



Ibu bapa perlu menjadi contoh yang baik pada anak-anak. Sebagai contoh, kita suruh anak minum susu tetapi kita sendiri tidak minum susu. Macam mana tu?



ALIHKAN PERHATIAN



Jika anak tidak mahu menjamah makanan cuba beritahu anak bahawa betapa sedapnya makanan itu. Ia secara tidak langsung akan menyebabkan anak teringin mencuba makanan tersebut.



TEMANI ANAK



Jangan biarkan anak makan secara bersendirian. Ini kerana mereka akan berasa lebih teruja dan rasa lebih disayangi jika ibu bapa menemani.



Kesimpulannya, cerewet makan adalah normal bagi anak-anak cuma cara pedekatan ibu bapa yang memaninkan peranan penting. Jangan putus asa dan teruskan berdoa.



Walaubagaimapun, terdapat makanan tambahan yang membantu meningkatkan selera anak iaitu Mealshake. Selain meningkatkan selera ia juga mempunyai 24 vitamin, mineral dan zat penting dalam tumbesaran anak-anak dan meningkatkan sistem pertahanan badan. 




Klik disini untuk PROMOSI MEALSHAKE


Kreadit: Majalah Anis Bil. 206

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in