Bayi menggigit semasa menyusu



Aduh, bayiku menggigit... Bagi paraibu yang menyusu badan inilah perkara yang paling ditakuti sehinggakan ada yang berputus asa untuk exclusive breastfeeding.. Sampai ada sesetengah ibu yang berdarah putingnya... bukan tujuan saya nak menakutkan anda semua tetapi itu lah hakikatnya.. bagi menyelesaikan masalah mommies semua, saya ada tips untuk menangani bayi yang suka menggigit. Antara tipnya ialah:


  • Picit hidung bayi tatkala dia menggigit. Biarkan bayi mencugap seketika. Lakukan berulang kali sehingga bayi berhenti/ memahami.
  • Jangan menjerit kerana bayi fikir anda sukanya. Ia ibarat mainan yang dipetik suisnya.
  • Jika bayi masih lagi menggigit, letakkanya ketepi dahulu setelah tenang baru susukan semula
  • Bagi anak yang lebih besar, berikan reaksi positif seperti pelukan atau ciuman kerana tidak menggigit.
  • Pastikan lekapan penyusuan adalh betul dan bukanna di hujung puting.
  • Letakkan jari kelingking bagi melonggarkan gigitannya
Cara memulihkan gigitan bayi ialah:
  • Sapu dengan air susu ibu
  • Sapu dengan minak zaitun
  • Menapu krim-krim tertentu (pastikan puting dibasuh terlebih dahulu)
Bersabarlah mommy-mommy semua kerana kita sedang menjalankan perintah Allah.. Anggaplah setiap gigitan bayi itu sebagai penghapus dosa kita. Capailah cita-cita mu untuk menyusukan bayi sehingga dua tahun.

PROMOSI NURIFERON APRIL 2013



Faedah Utama Shaklee Nutriferon

Bila cakap tentang Nutriferon, mesti kita terus ingat Nutriferon ni bagus bila demam, selsema, batuk, untuk resdung kan.. tapi sebenarnya ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni..

Faedah utama:

~ Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

~ Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

~ Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

~ Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

~ Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

~ Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

~ Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

~ Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.


Untuk mencuba produk ini sila hubungi:

Call/Wassup: 016-6684862 (Pn. Ain)

Add FB: Hantu Durian untuk chat bersama saya
FB Fanpage: Klik Like FB Fanpage Natural Healthy untuk mendapatkan diskaun hebat
Email: kedaivitaminsemulajadi@gmail.com


Persiapan Menyambut Bayi Baru

 


Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah: 
·      Baju lengan pendek
·      Baju lengan panjang
·      Seluar pendek
·      Seluar panjang
·      Barut
·      Sarung kaki
·      Sarung tangan
·      Kain bedung
·      Topi

Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
·      Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
·      Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
·      Tisu basah
·      Alas atau pelapik untuk menukar lampin
·      Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
·      Besen mandi bayi
·      Tuala mandi
·      Tuala muka
·      Cecair mandian
·      Syampu

Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
·      Losen bayi
·      Minyak bayi
·      Bedak bayi
·      Sikat atau berus rambut
·      Minyak telon
·      Alat pemotong kuku
·      Kapas muka
·      Krim ruam lampin
·      Termometer digital

Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
·      Tilam
·      Bantal kepala
·      Bantal peluk
·      Cadar
·      Selimut

Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
·      Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
·      Bekas penyimpanan susu ibu
·      Beg pendingin
·      Ice Pack
·      Bantal menyusu
·      Nursing cover
Penyusuan susu formula:
·      Botol susu bebas BPA
·      Puting botol susu
·      Berus botol
·      Bekas untuk menyimpan susu formula
·      Bekas menyimpan air panas
·      Bekas menyimpan air kosong
·      Alat steril botol susu

Sumber: Majalah PaMa

Set Kesuburan Shaklee Part 2

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  •  Tiub fallopian tersumbat
  •  Endometriosis
  •  Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  •  Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  •  Masalah hormon
  •  Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  •  Menopous sebelum waktunya
  •  Masalah tiroid
  •  Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  •  Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  •  Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  •  Menghidap hernia
  •  Gangguan hormon
  •  Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.



Bersenam
Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran
Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.



Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.
Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 (^__^)


SET KESUBURAN CADANGAN UNTUK PERMULAAN: 


Untuk Suami : vitalea+b complex+vita C bersama Vita-E dan Zinc


Untuk Isteri : vitalea+b complex+vita C bersama +Alfalfa+ GLA
Untuk makluman lanjut sila hubungi:
016-6684862 (Pn. Ain)
FB Fanpage: Natural Healthy

Doa dan amalan-amalan untuk mendapat zuriat




Perbanyakkanlah doa di bawah ini untuk mendapatkan anak:

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

رَبِّ لاَ تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الوَارِثِينَ    

(Al-Anbiyaa 089)

Yang bermaksud, “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkau jua sebaik yang mewarisi.

Hendaklah menjaga adab-adab ‘bersama’ dengan isteri.

Memilih waktu yang sesuai. Disunatkan  ‘bersama’ dengan isteri pada malam Jumaat dan hari Jumaat.

Disebutkan dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, makruh ‘bersama’ dengan isteri pada tiga malam iaitu pada awal bulan, pertengahan bulan (hari ke 15) dan akhir bulan. Ini kerana dikatakan syaitan hadir bersama sesiapa berjimak pada malam tersebut. Ada pula mengatakan syaitan berjimak pada malam berkenaan. Hal ini diriwayatkan oleh Saidina Ali, Muawiyah dan Abu Hurairah.

Disebutkan juga dalam kitab Bahru Mazi karangan Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tegahan ‘bersama’ dengan isteri pada beberapa waktu kerana takut terkena bencana kepada anak (gila) iaitu pada awal malam daripada mana-mana bulan dan pada akhirnya dan pada lima belas hari bulan kerana anak menjadi suka terkejut.

Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab al-Wasoya karangan Muhyiddin Abi Abdullah al-Hatami al-Ta’ie al-Andalusi (Ibnu Arabi) dengan sabda Nabi saw.

Wahai Ali, janganlah kamu mendatangi ahli kamu (berjimak dengan isteri) pada malam awal bulan (takwim Hijriyah) dan malam pertengahan bulan, ditakuti anak kamu bodoh/jahat. Ali bertanya: “Kenapa wahai Rasulullah?”. Baginda menjawab: “Ini kerana kebanyakkan jin mendatangi perempuan mereka (berjimak) pada malam awal bulan dan malam pertengahan bulan (takwim Hijriyah). Sanggupkah kamu melihat orang-orang gila berebut-rebut( mendatangi isteri kamu) pada malam pertengahan bulan dan malam awal bulan?.


Doa untuk dapat zuriat.
Umat Islam digalakkan berdoa kerana ianya merupakan otak ibadah. Di dalam AlQuran terdapat himpunan doa-doa yang diberi oleh Allah untuk kita bacakan setiap hari.

Ikutilah contoh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Zakaria a.s., masing-masing tidak putus-putus berdoa kepada Allah untuk mendapat zuriat yang soleh. Mereka diduga sehingga usia yang tua dan uzur sebelum mendapat zuriat.


Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ (38)
Artinya : “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa". (QS. Ali Imran : 38)
رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ (89)
Artinya : “Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: "Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah waris yang paling Baik.” (QS. Al Anbiya : 89)

Serta doa Nabi Ibrahim ‘Alaihi as Salam :
رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ (100)
Artinya : “Ya Tuhanku, anugrahkanlah kepadaku (seorang anak) yang Termasuk orang-orang yang saleh.” (QS. Ash Shafat : 100)

Juga doa-doa yang bermanfaat dalam setiap situasi dan keinginan, diantaranya :

1. Doa Nabi Yunus ‘Alaihi as Salam, Rasulullah SAW bersabda,” "Doa Dzun Nuun (Nabi Yunus) ketika ia berdoa dalam perut ikan paus adalah; LAA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNII KUNTU MINAZH ZHAALIMIIN (Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat aniaya). Sesungguhnya tidaklah seorang muslim berdoa dengannya dalam suatu masalah melainkan Allah kabulkan baginya." (HR. at Tirmdzi, an Nasai, al Hakim dan dia mengatakan : shahih sanadnya)

2. Memperbanyak istighfar
Firman Allah SWT :
فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا (10) يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا (11) وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا (12)
Artinya : “Maka aku katakan kepada mereka: 'Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, -sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun-, Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan Mengadakan untukmu kebun-kebun dan Mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (QS. Nuuh : 10 – 12)

Sabda Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wa Sallam,"Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka." (HR. Ahmad Abu Daud dan Hakim dia berkata : Shahih sananya. ) – (Markaz al Fatwa No. 15268)

3. Perbanyakkanlah solat taubat kerana mungkin sebab dosa-dosa kita yang lalu Allah masih belum memakbulkan doa kita.

4. Menderma atau bersedekah di rumah-rumah anak yatim dan menganggap mereka sebagai anak sediri.

5. Baca surah al-Insyirah 10 kali setiap kali selesai solat lima waktu.

6. Perbanyakkan makan madu dan susu kerana itu adalah makanan sunnah.

Semoga anda berjaya!!

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in