CARA CERAI LAMPIN ANAK DENGAN MUDAH

Alhamdulillah. Jasmine tahun ini dah masuk 3 tahun dah boleh cerai lampin. Lagipun taska dah ajar cerai lampin. Di taska Jasmine dah tidak pakai lampin lagi. Nak cerai lampin anak ini memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Jangan di paksa anak atau marah anak jika mereka kencing atau berak berterabur sebab mereka masih lagi belajar cara mengendalikan pundi kencing atau proses menahan air kencing. 

Saya dan suami selalu cakap dengan Jasmine bahawa dia dah besar dan tidak boleh pakai lampin. Ayah dan ibu tidak pakai lampin pun. Ibu bapa adalah role model anak-anak. Gunakannya kearah kebaikkan. 

Cara cerai lampin dengan mudah

Bila masa nak tidur pula, saya akan minta Jasmine kencing terlebih dahulu dan kurangkan pengambilan susu. Selalunya saya akan beri makanan berat supaya dia berasa kenyang lama. Kalau susu hanya beri dalam 4 Oz sahaja. Pastikan suhu bilik tidak terlalu sejuk.

Bila berada di luar rumah pula, sebelum keluar rumah saya akan tanya samada nak kencing atau tidak. Jika di Shopping Complex, tiap kali lalu di tandas saya akan tanya samada dia hendak ke tandas tak. 

Pada awal training pot ini, memang ada insiden kegagalan menahan air kencing seperti dalam kereta bila ambil dari taska tiba-tiba dia cakap nak kencing. Kan haru tu! Pecut daku bawa kereta.. hahaha.. Nasib baik dah turun kereta terus laju keluar air kencing. Kalau malam pula, pada awalnya memang setiap hari basuh comforter, tapi bila hari-hari kita beri nasihat dan penghargaan pada dia akhirnya Jasmine dah tak kencing malam lagi!! Cuma tinggal nak berak je sibuk cari pampers. Mungkin mangkuk tandas besar sangat kot.. 


Jadi ibu-ibu dan bapa-bapa jangan putus asa usaha lagi.. Anak kita hanya perlukan masa sahaja!

5 comments:

  1. thanks for this info kak. Memang tengah fikir macamana nak ajar Aiman untuk tak pakai pampers since now dia dah nak masuk 4y.

    http://ilotnaim./blogspot.com

    ReplyDelete
  2. tq kak..memang tgh nk ajar anak xpakai pampers skang ni sebelum masuk umur 3 tahun ;)

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in