IBU MENGANDUNG LUAR RAHIM

Kehamilan luar rahim ialah janin tidak berada ditempat yang sepatutnya di uterus (rahim) tetapi ia berada di tiub fallopio atau ovari. Kehamilan luar rahim biasanya dapat di kesan seawal usia kandungan 6 minggu ke 10 minggu. Tanda-tanda awal kehamilan luar rahim ialah rasa sakit di bahagian kiri atau kanan ari-ari, pendarahan semasa kehamilan, ujian kehamilan positif,  rasa loya dan mual. Kehamilan luar rahim boleh di kesan melalui ujian ultrasound. Selalunya doktor akan mengimbas perut atau memasukkan kamera ke dalam rahim.

Ibu mengandung kehamilan luar rahim

BAGAIMANAKAH KEHAMILAN LUAR RAHIM BOLEH TERJADI?


  • Endometrosis
  • Pernah mengandung luar rahim sebelum ini
  • Pernah kemalangan yang teruk
  • Pernah membuat pembedahan tiub fallopio
  • Pernah menjalani rawatan kesuburan
  • Merokok
  • Usia melebihi 35 tahun
  • Pernah mengalami keradangan selvik

RAWATAN KANDUNGAN LUAR RAHIM


Proses pertama yang dijalankan jika kandungan masih kecil, doktor akan memberikan suntikan ubat Methotrexate di dalam kantung untuk mencairkan kandungan dan membiarkan tubuh menyerap secara semulajadi. Jika kandungan telah besar, pembedahan membuang kandungan akan dilakukan bagi mengelakkan ia pecah. Apabila kandungan luar rahim pecah, ia akan membahayakan nyawa ibu. Ia perlu di lakukan dengan segera.

ADAKAH IA MENJEJASKAN KESUBURAN UNTUK HAMIL KEMBALI?


Ini adalah perkara yang paling merisaukan bagi setiap wanita yang mengalami kehamilan luar rahim. Selalunya ia akan berulang untuk kehamilan seterusnya namun bergitu terdapat juga wanita yang terus hamil kembali dalam masa setahun dengan satu ovari. Banyakkan berdoa pada tuhan untuk dikurniakan zuriat dalam rahim sendiri.

3 comments:

  1. Jauhkanlah dr mengandung luar rahim ni... tq for d info..

    Feel free view my blog

    http://mysecretvitamin.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  2. salams pagi rabu mama...bw sini baca good info:)

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in