TIPS BALIK KAMPUNG BERSAMA ANAK KECIL

Balik kampung memang sangat menyeronokkan lebih-lebih lagi nak jumpa atok dan nenek. Tetapi bagi keluarga yang mempunyai anak-anak kecil dan tersangkut di dalam kesesakan pula ia ibarat mimpi ngeri. Silap hari bulan boleh haru biru dalam kereta.

Tips balik kampung dengan anak kecil

Antara perkara yang selalu saya lakukan bila perjalanan balik kampung ialah:
  • Sebelum memulakan perjalanan pastikan anak-anak diberikan makan atau minum susu terlebih dahulu. Kanak-kanak akan meragam apabila mereka kelaparan.
  • Pasang zikir munajat atau music instrumental supaya emosi kanak-kanak tenang. Pemandu harus berhati-hati kerana dikhuatiri anda pula yang mengantuk.
  • Sediakan makanan ringan seperti kekacang, roti, kokocrunch dan pelbagai lagi untuk mengelakkan mereka kelaparan di dalam kereta.
  • Sediakan 'tisu basah' jika anak-anak nak buang atau air kecil bagi memudah cucian.
  • Singgah di kawasan Rehat dan Rawat untuk melegakan ketegangan urat kerana duduk lama di dalam kenderaan.
  • Bawa soft toy supaya anak-anak tidak kebosanan.
  • Beri tablet /smartphone yang mempunyai perisian yang ceria dan menarik

Itu je lah tips-tips yang saya amalkan jika balik kampung bersama anak-anak. Memang cabaran teramat sebab mereka selalu kacau ayahnye memandu. Penggunaan carseat dah tak boleh lagi sebab derang tak suka. Masa bayi lagi boleh la... hehe..

Selamat mencuba!!

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in