HARI RAYA QURBAN YANG SEMPURNA

Alhamdulillah. Seperti tahun-tahun lepas kami sekeluarga beraya di rumah mentua pada tahun ini. Masa memula kahwin memang ler tak syok bila cakap beraya rumah mentua tetapi bila dah ada anak-anak ni dah macam best pula. Hehehe... Anak-anak ipar duai pon ada sekali.
Qurban

Saya selalu sampai di rumah mentua pada malam raya kerana malam sebelumnya tidur di rumah mak saya. Adakah itu tanda diriku mengelak daripada memasak? Hanya menantu hantu sahaja yang memahami.. hahaha.. Pagi hari raya selalunya kami bertakbir raya dan solat Subuh secara berjemaah bersama-sama. Orang lelaki kena bergilir-gilir menjadi imam. Ini dah memang tradisi keluarga suami sejak dari arwah atok nya. Ini bagi tujuan untuk merapatkan hubungan ahli keluarga. Dah macam masa kecik-kecik dulu disamping mendengar nasihat ayah mentua.


Lepas je selesai solat Subuh secara berjemaah bersama-sama, kami bersarapan. Menu juadah pagi raya ialah Nasi Impit, kuah kacang, Nasi Dagang dan roti jala. Nengok je menu mesti takut kalorinya dan minyak. Huhu... tak pe dah standby dengan Phytocol yang membantu menghalang penyerapan kolestrol dan Omega Guard sebagai pemusnah kolestrol di dalam salur darah. Kedua-dua ini memang vitamin wajib yang saya bawa bila balik raya dikampung.

Selesai je bersarapan, kami pergi menziarahi makcik dan bertakbir disana. Selesai semuanya kitaorang pergi ke masjid untuk menunaikan solat hari raya aidil adha.
Tahun ini mertua ada ambil bahagian dalam Qurban. Jadi kami pon join sekali, join nengok. Hehehe.... tetapi saya tak tengok pon sebab takut..

Suami dan ipar ku sibuk melapah daging. Dapat la sepeha lembu. Menu seterusnya ialah sup tulang. Memang mabelesss!!! Tetapi hati-hati ye untukbpesakit darah tinggi silap-silap boleh beraya di Hospital. Heheh.. Pape pon beringat lah sebelum terkena. Orang-orang tua kat sini tak join sekali makan sup daging sebab pantang makan. Orang muda lak pantang nampak. Hehehe...

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in