Monday 27 October 2014

GOTONG ROYANG BANTERAS NYAMUK DENGGI

Hai all. Siang tadi taman perumahan saya menganjurkan gotong royong bagi membersihkan taman. Almaklumlah semakin menjadi-jadi demam denggi. Terbaru ini melibatkan kematian. Menakutkan aje. Alhamdullillah dikurniakan jiran-jiran yang bagus walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa. Masing-masing saling bantu membantu.

Tidak hanya usaha tenaga, sumbangan duit, perkakasan seperti plastik sampah, ridsect, lori sampah juga di berikan oleh jiran-jiran yang tidak dapat mengambil bahagian gotong royong. Time ni lah baru kenal siapa jiran-jiran.. hehe..

Misi utama ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Fuh! Banyak tin-tin cat kosong yang ditemui dan dibuang. Ada juga rumah yang macam stor. Yang macam stor tu memang memerlukan kerja yang lebih.

Lepas je abis bergotong royong, ada sedikit makan-makan hasil sumbangan jiran-jiran. Heppy giler masing-masing dapat makan. Bukan sebab dapat makan tau tapi dapat merapatkan ukhwah. Jadi derang mencadangkan supaya program macam ini dapat di lakukan setiap 4 bulan sekali. Pada saya tiada halangan sebab saya memang suka benda-benda macam ni.. Dapat juga bercampur dengan orang.. hehehe.. 

Jom banteras aedes!!

5 comments:

  1. sekali sekala memang elok rasanya bergotong royong bersihkan kawasan perumahan, selain mengeratkan silaturrahim, kawasan juga sentiasa bersih. Jangan ambil remeh demam denggi, walaupun nampak biasa2 je, tapi boleh membawa maut!

    ReplyDelete
  2. denggi ni sangat berbahaya. pernah meragut nyawa mak kepada kawan saya. kakak ipar pun pernah kena. mujurlah tidak melarat... jom cegah sebelum parah...

    ReplyDelete
  3. ngeri kalau dah kena denggi..tp alhamdulillah setakat ni dijauhkan dari denggi..arap sentiasa terpelihara..

    ReplyDelete
  4. bagus sangat gotong royong ni, rapatkan hubungan dgn jiran2 dan lebih kenal lagi. gotong royong kalau kementerian kesihatan pun bagus dapat belajar cara betul elakkan / hapuskan aedes.

    ReplyDelete