Tuesday 14 October 2014

CIK VIVA KU TAYAR PECAH

Hari ini pertama kali dalam seumur hidup aku tayar pancit akibat terlanggar kayu yang jatuh dari kontena. Abis rim tayar bengkok. Kalau dah kerja di kawasan pelabuhan memang selalu sangat kayu dan besi jatuh dari lori. Memang merbahaya!

Tayar kereta pecah

Sebelum ini suami yang uruskan tentang kereta. Bila dah jadi macam ini mula lah mengagau. Apa yang taukeh kedai tayar ini cakap memang tak paham. Hahaha.... yang penting nak rim murah. Sedih jugak sebab sport rim lama suami bagi sempena besday. Tapi nak buat macam mana. Bende nak jadi.

Tayar kereta pecah

Saya ada cerita kelakar nak beritahu korang tentang tayar ni. Dulu masa first time kena tayar pancit, kenkonon nak cari kedai tayar.. so dengan muka yakin nye pergi lah ke kedai tayar ni. Memang selalu nampak kedai ini tepi jalan. Dengan bahagianya diriku pon parking kat dalam kedai tu. Sekali apek tu cakap "Ini kedai tayar kontena ma..." Adoii.. tebal muka tak ingat. Pergi pula kedai yang kedua, kali ini tak masuk dalam terus. Parking je kat luar dulu, kang takut termalu sendiri. Hehehe.. saya pon tanya "Taukeh ini kedai bikin tayar ke?" Dengan bangganya diriku bertanya. Sekali apek tu cakap "Aiya.. ini kedai bateri kereta lor.. lu mau kedai tayar ada dekat depan sana".. Hambiikk... bertubi-tubi rasanya malu dimuka ku ini.. hehehe.. Tapi sekarang ini saya dah tau mana satu kedai tayar dan kedai bateri tau... haha.. nasib baik tak masuk kedai basikal, suami saya menyakat... Adooii takkan la bini awak ni tak kenal langsung kedai basikal bang oii.. hahaha..

Kesimpulannya para wanita, sila lah belajar benda asas tentang kereta. Jangan jadi seperti diriku kedai tayar pon tak kenal... hahaha... Tetapi kalau tak buat salah mana nak pandai tak? Macam kita dulu kecik-kecik mana tau baca A, B, C... dah besar sikit baru pandai.

Daaaa.... jangan senyum lelebih tauuuu...

1 comment:

  1. Kedai tayar kontena ? Hahaha.....tak dapat dibayangkan muka sweetmom waktu tu....
    mesti rasa nak menyondol kan ? Kesian dia . Tak pe, kita semua belajar dari
    tak tau kepada tau. Salam kenal sweet mom :-)

    ReplyDelete