RAHSIA KAKAK INI BERJAYA ATASI KELETIHAN SEMASA BERPUASA WALAUPUN KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t. Rata-rata ibu mengandung takut nak berpuasa ketika hamil. Saya juga pernah mengalami perasaan itu semasa mengandungkan anak yang pertama. Tambahan pula ketika itu usia kandungan baru mencecah 12 minggu. Macam-macam perasaan yang berkecamuk di hati. Semasa saya mengandungkan anak yang pertama, saya mengalami masalah tekanan darah rendah tambahan pula dilanda morning sickness di awal kehamilan. Makan apa semuanya muntah balik.



Saya juga bertanya pada pakar agama apakah hukum ibu mengandung yang tidak berpuasa. Jawapannya terbahagi kepada 2 iaitu:



Jika ibu mengandung sihat tetapi risaukan kandungan/ bayi dan meninggalkan puasa kerana bayinya, ibu perlu mengganti puasa dan membayar fidyah selama mana puasa yang di tinggalkan.


Jika ibu mengandung itu tidak rasa sihat dan bimbang akan kesihatan dirinya maka beliau di bolehkan berbuka puasa dan hanya perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa membayar fidyah.

Rujukan pembayaran fidyah boleh di rujuk di Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.



Jadi pada situasi saya ketika itu, saya hanya perlu menggantikan puasa tanpa membayar fidyah. Walaupun telah melahirkan dan perlu menggantikan puasa tersebut, agak mencabar juga sebenarnya. Ye lah.. saya juga menyusukan anak. Sesekali tekak terasa memanggil-manggil berbuka puasa. Nak-nak bila masa banyak kerja memang lembik badan. Saya rasa ramai juga ibu-ibu mengalami masalah seperti saya dulu. 


atasi keletihan semasa berpuasa

Tetapi sesungguhnya pengalaman mengandung ini sambil berpuasa pasti yang paling saya ingati sebab saya pernah sampai menggigil dan hampir pitam bawa kereta. Akhirnya saya di marahi suami kerana degil sangat nak puasa. Mau taknya mak-mak lain bangga sangat bila tidak perlu ganti puasa. Hrmm.. sebenarnya ia mengikut kemampuan badan seseorang. Islamkan agama yang mudah dan banyak kemudahan yang Islam berikan pada penganutnya.



Alhamdulillah semasa mengandungkan anak yang kedua saya sudah berkenalan dengan Shaklee. Segalanya di permudahkannya. Pengalaman mengandung anak yang pertama dan kedua memang amat berlainan. Semuanya atas izin Allah yang mempermudahkannya.. Jom ikuti Video kakak ini yang menggunakan set kehamilan shaklee semasa berpuasa..







Klik disini untuk:

1 comments:

  1. sama la kita sis, mengandung anak kedua time puasa...Alhamdulillah, dapat berpuasa penuh wlupun mengalami morning sickness...
    Tips Atasi Sembelit Anak>

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in